Sama macam filem Die Hard lakonan Bruce Willis??Itulah persamaan yang diperkatakan oleh pengulas filem Dzamir Dzafri mengenai filem Lari yang ditulis di Cinema Online [boleh baca DISINI]. Ini kerana, filem Lari arahan Ahmad Idham adalah sebuah filem yang sarat dengan aksi pergaduhan, tembak menembak dan lagak ngeri. Premis filem ini agak mudah iaitu ianya mengisahkan tentang usaha Khaliff lakonan Aaron Aziz yang merupakan bekas tentera pergi mencari adiknya Ina (lakonan Erin Malik) yang diculik oleh penjahat dari Thailand yang terlibat dengan aktiviti pemerdagangan manusia. Dalam penculikan tersebut, ayahnya juga turut terkorban dibunuh penjahat tersebut yang menjadikan misi Khaliff juga adalah untuk membalas dendam kematian ayahnya.
Selain Aaron dan Erin Malik, filem ini turut dibintangi oleh Dira Abu Zahar dan Hazama (juga menyanyikan OST untuk filem ini duet bersama Sleeq). Filem Lari terbitan Excellent Pictures akan ditayangkan bermula 6 Jun 2013!
OFFICIAL TRAILER LARI 2013
OFFICIAL SOUNDTRACK FILEM LARI












